Tuesday, 11 December 2012

Perdana Hati

         Bab 16
          Tanganku laju menyusun buku mengikut saiz dan ketebalan.Aku menyusun buku Prinsip Akaun yang paling tebal ini di bawah sekali.Kemudian di ikuti dengan buku matematik moden dan aku susun tingkatkan kesemua buku teks ini mengikut saiz agar boleh seimbang apabila di letakkan di atas lantai.Tak lah tumbang buku ni nanti.Kemudian aku bangun untuk mencari tali raffia untuk di ikatkan bersama buku-buku ini.
                Aku gigih mencari tali yang masih belum ku temui.Mana pulak la mak sorokkan tali raffia ni?Adui.Time nak pakai memang macam ni.Mesti tak ada.Hari tu aku tengok elok aje terletak dekat atas rak besi tu.Hrmm,cobaan,cobaan.
              Malam ini yang sedikit membahang lagi telah memanaskan aku yang telah berasa panas ketika ini.Aku menolak rambut ku yang separas pinggang ini ke belakang.Nggrr!Mana kau hah tali?Mana,mana?Aku menarik nafas sedalam-dalamnya seraya menepuk perlahan dadaku.
              Esok adalah hari untuk pemulangan buku teks.Kesemua jumlah buku yang aku pinjam ialah enam belas buah buku termasuk poem,novel Bahasa Melayu dan Inggeris,serta komsas.Aku berpuas hati apabila kesemua buku teks itu berada dalam keadaan yang baik.Jadi,aku tidak di kenakan sebarang denda kerana kerosakan atau kehilangan buku teks.Syabas,Ainul.Aku mengankat tangan kananku ke paras dada kemudian ku buka tapak tanganku kemudian melipat jari hantu,manis dan kelingking,jari yang terbuka iaitu ibu jari dan jari telunjuk yang konon-kononnya  pistol itu ku dekatkan di dagu sambil mengangkat keningku berkali-kali.Ya,contohi Ainul okey.Perasan aje aku ni kan.
             Tepat pada masanya,mak berlalu ke dapur di mana ketika itu aku sedang berusaha mencari tali yang masih tidak ku temui.Aku segera memandang mak yang memandang aku dengan selamba.Aku tersenyum lega.Penyelamat aku dah sampai.Mak lah hero!Mum is hero,mum is my idol!
            “Mak,mana mak simpan tali raffia ye?”Tanyaku dengan senyuman mengharap mak dapat membantu ku dengan memberitahu di mana terletaknya tali tersebut.
            “Cari lah dekat rak besi tu,”Balas mak sambil memuncungkan mulutnya ke arah yang di maksudkan.Aku menghela nafas berat.Tadi aku dah cari dekat situ jugak la.Tapi tak ada.Aku menggaru kepala yang tidak gatal.Aku hanya menggeleng apabila mak memandang aku.
            “Dekat mana,mak tak tahu.”Mak berlalu tanpa perasaan.Aku bungkam.Macam mana ni?Aduiii!Boleh mak jalan aje macam tu,tak ada hati langsung nak tolong aku.Aduhai..
            Dengan semangat yang masih bersisa aku meneruskan sesi pencarian tali itu.Kalau ada buat pertandingan mencari tali ini dan pemenang akan di tawarkan  hadiah yang lumayan memang aku sanggup!Kalau di tawarkan berkahwin dengan Muhammad nak?Aku terhenti bergerak sedetik.Soalan hati ku ini benar-benar melumpuhkan tumpuanku.Aku  beristifar.
           “Ni,ha.”Terkejut aku dengan suara mak yang tiba-tiba ini.Huh,mak ni macam superman lah.Hadirnya tidak di jangka,perginya tanpa di sangka.Aik,macam pelik aje ayat tu.Tidak di jangka dengan tanpa di sangka tu bukan sama makna ke?Adus.Tapi ejaannya ada beza sikit.Aku ketawa di dalam hati.
           Aku mengalihkan pandanganku pada tangan  mak yang memegang tali raffia itu.Mataku bercahaya saat ini sambil tersenyum lega.Mak memang hero aku.Aku tersengih kemudian apabila mak menjeling padaku.Huyoo,mak.Patut abah jatuh cinta dengan mak,sebab mak ada mata sakti ar!Aku tersengih memanjang.
           Aku memandang tali raffia di tangan.Sebab kau punya pasal,kerja aku jadi lambat tau!Patutnya aku dah boleh mula baca novel dari tadi dah.Apada kau,Ainul.Macam penting sangat novel kau tu,siap marahkan tali barang!Tali tu tak salah apa pun.Dia tahu pun tak apa tu novel.Meletus tawa kecil di mulutku kemudian segera aku mematikan tawa dibibir ini apabila kak Sha berlalu ke dapur.Aku tersenyum padanya.Dia membalas senyuman ku.
           Tanpa berlengah aku terus mendapatkan gunting milik aku di dalam bekas pensil untuk memotong tali raffia.Setelah ku kira panjangnya cukup untuk mengikat buku-buku teks tersbut aku terus memotong dengan senyuman di bibir.Sekali tengok aku ni macam terlalu berhemah ketika melakukan kerja.Padahal,yang sebenarnya seperti yang di dendangkan oleh Yuna penyanyi wanita dengan tudung selendang di kepala.Aku sedang berangan ketika ini!Masya Allah.Aku menggeleng seorang diri.Berangan yang tak ada kesudahannya.
           Esok aku nak pakai baju apa ek?Cuba cantik-cantik sikit la esok.Pakai baju  muslimah dengan seluar jeans,lepas tu aku nak cuba pakai tudung selendang.Minta tolong kak Sha tunjukkan.Aku tersenyum.Pada muka ni pulak,nak pakai celak dekat mata sikit ke hah?Ermm..
           “Nak pulang buku ke?”Tegur kak Yan pada ku.Kak Yan memang kakak yang paling sporting dan rapat denganku.Aku bukan mengatakan bahawa kakak ku yang lagi empat orang  tu tidak sporting atau tidak best,maklumlah,kakak ku yang oertama telah enam tahun mendirikan rumah tangga.Begitu juga dengan kakakku yang kedua.Manakala kakak ku yang noombor tiga pula baru tiga tahun usia perkahwinannya.
            Apa yang aku lihat,mereka semua berbahagia di samping suami tercinta.Aku lihat kakak-kakak ku yang telah berkahwin memang tidak tersalah memilih suami untuk di jadikan peneman hidup.Aku berharap semoga aku juga di pertemukan dengan seorang yang bertanggungjawap dan  sangat baik.Aku mahu kebahagiaan.Memanglah,Ainul.Tak ada manusia dalam dunia ni yang tak mahu kebahagiaan.Pernah ke orang mengaku dia nak kesengsaraan?Tidak pernah sama sekali.Kalau ada pun orang itu telah putus fius!
          “A’ah,esok nak kena pulang dah,”Jawabku dengan bersemangat.Jangan tak tahu tau,kak Yan aku ni kalau bab mengambil perhatian macam ini adalah bukan kerana dirinya sendiri,kerana yang aku tahu dia malas mahu bertanyakan sesuatu yang telah di ketahuinya.Saja nak ambil hati adiknya ni.Dan yang paling tepat,bakal abang iparku ini selalu menyuruhnya memberi semangat kepada aku supaya boleh menjawab peperiksaan dengan jayanya.
           “Sampai pukul berapa?”Kak Yan bertanya sambil meninjau-ninjau buku-buku yang telah siap ku kemas.
           “Ainul tumpang kawan esok,tak tahu dia nak pergi sekolah pukul berapa esok,tapi yang pasti lepas pulang buku kita terus balik la,”Balasku panjajng berjela-jela.
           “Petang dalam pukul 4 tu kita balik kerja,nak ikut kita pergi Tesco?”Kak Yan bertanya sambil sebelah keningnya terangkat.Ni perasan macam artis mana pulak ni.Kalau aku dah ambil Ziana Zain.Oh,ye.Kak Yan satu hari tu ada cakap yang dia tu kan perasan muka dia tu macam Acha Septriasa artis Indonesia yang  juga pelakon filem My heart.Bagi aku,ada la sikit-sikit macam Acha Septriasa.Bentuk muka dah sebiji,mulut pun ye,serba-serbi serupa!Cuma kuasa Allah memang tidak dapat kita duga.Allah boleh cipta yang sebiji,tapi mesti ada lainnya yang kadang kala tidak tahu di mana.Macam cap jari juga!Sedangkan kembar seiras pun tidak akan serupa sama sekali.
            “Tesco?Boleh..pukul 4?Ermm,kalau balik dari sekolah tu kita nak singgah mana-mana pun sempat,”Aku tersengih.
           “Tapi dengan abang Idham sekali,”Aku hanya mampu menggangguk.Hah,sekali lagi aku jadi benteng pertahanan detik pertemuan dua pasang kekasih ini.Kerja follow kak Yan dating ni bukan benda yang asing bagiku.Masuk kali ni dah yang ke sepuluh aku joint dorang dating.Abah yang sarankan supaya bawa aku sekali untuk mengelakkan fitnah dan prasangka buruk manusia durjana secara langsung dapat menghindarkan zina.Dan secara langsung aku telah menetapkan jati diri ku.No,dating-dating ya!Aku nak kelainan dari orang yang bercinta pada zaman sekarang ni.Dating lepas kahwin,baru sweet!Inilah untungnya jadi adik kesayangan, boleh kacau daun.Ha ha ha!
            “Lepas tu kan,dalam bulan depan nak ikut kita pergi balik kampung abang Idham?”Aku benar-benar teruja mendengar pelawaan kak Yan.Pergi perak uw!Maklumlah,aku ni dah jarang sangat keluar rumah masa tingkatan lima.
           “Okey aje!”Aku tersenyum lebar seraya mengangkat tanganku dengan menunjukkan ibu jari tanda setuju.
            Tidak lama selepas kak Yan berlalu masuk ke bilik,Handphone ku berbunyi menandakan ada mesej baru ku terima.
            Salam,esok pukul 11.30 aku datang ambik kau.Ade helmet tak?
            Aku tersenyum seraya menekan punat replay kemudian menekan butang huruf dengan lajunya sebelum menekan punat send.Setelah berpuas hati dengan apa yang ku taip aku  menekan butang send.Setelah mendapat report mesej telah di hantar aku membuka send item dan membaca balik apa yang ku taip.
            Wasalam,ok!Ada.Helmat mak aku punya =)
           Aku tersengih dengan mesej yang aku taip sendiri.Ainul,gila!sedetik kemudian buunyi mesej baru masuk.Aku terus menekan punat untuk membaca isi  mesej itu.
           He he he..mak kau punya pun mak kau lah!Hahaha =D Jumpe esok¬,¬
          Namun kerana perasaan was-was yang satu ini aku membalsa juga mesejnya.
         Pakai baju sekolah ke t-shirt biasa?Ada yang cakap kat aku pakai baju sekolah,ade   yang kate pakai baju biasa je,mana satu?
          Aku terus menekan butang hantar.Kemudian dengan pantasnya orang di sana menaip.Perhh!Dah expert sangat menaip ni!Aku membaca balasan mesej dari Aisyah.
         Baju t-shirt biasa jela,kan kite dah habis sekolah.Kalau budak PMR lain lah.Risau sangat kau ni.Bukan kau bekas pengawas ke?
          Aku tertawa dengan mesej Aisyah itu.Aik,perli  nampak!Okey,aku dah ada kata putus sekarang ni.Esok memang sah aku pakai baju T-Shirt muslimah dengan seluar jeans.Berselendang pula aku KIV nanti.Tanya kak Sha dulu dia nak tak tolong pakaikan tudung selendang dekat aku ni.Hrmm,ngantuk lah.Tidurlah!