Bab 16
Tanganku laju menyusun
buku mengikut saiz dan ketebalan.Aku menyusun buku Prinsip Akaun yang paling
tebal ini di bawah sekali.Kemudian di ikuti dengan buku matematik moden dan aku
susun tingkatkan kesemua buku teks ini mengikut saiz agar boleh seimbang
apabila di letakkan di atas lantai.Tak lah tumbang buku ni nanti.Kemudian aku
bangun untuk mencari tali raffia untuk di ikatkan bersama buku-buku ini.
Aku gigih mencari tali yang
masih belum ku temui.Mana pulak la
mak sorokkan tali raffia ni?Adui.Time
nak pakai memang macam ni.Mesti tak ada.Hari tu aku tengok elok aje terletak
dekat atas rak besi tu.Hrmm,cobaan,cobaan.
Malam ini yang sedikit membahang lagi
telah memanaskan aku yang telah berasa panas ketika ini.Aku menolak rambut ku
yang separas pinggang ini ke belakang.Nggrr!Mana
kau hah tali?Mana,mana?Aku menarik nafas sedalam-dalamnya seraya menepuk
perlahan dadaku.
Esok adalah hari untuk pemulangan
buku teks.Kesemua jumlah buku yang aku pinjam ialah enam belas buah buku
termasuk poem,novel Bahasa Melayu dan
Inggeris,serta komsas.Aku berpuas hati apabila kesemua buku teks itu berada
dalam keadaan yang baik.Jadi,aku tidak di kenakan sebarang denda kerana
kerosakan atau kehilangan buku teks.Syabas,Ainul.Aku mengankat tangan kananku
ke paras dada kemudian ku buka tapak tanganku kemudian melipat jari hantu,manis
dan kelingking,jari yang terbuka iaitu ibu jari dan jari telunjuk yang konon-kononnya pistol itu ku dekatkan di dagu sambil
mengangkat keningku berkali-kali.Ya,contohi Ainul okey.Perasan aje aku ni kan.
Tepat pada masanya,mak berlalu ke
dapur di mana ketika itu aku sedang berusaha mencari tali yang masih tidak ku
temui.Aku segera memandang mak yang memandang aku dengan selamba.Aku tersenyum
lega.Penyelamat aku dah sampai.Mak lah hero!Mum
is hero,mum is my idol!
“Mak,mana mak simpan tali raffia ye?”Tanyaku dengan senyuman mengharap
mak dapat membantu ku dengan memberitahu di mana terletaknya tali tersebut.
“Cari lah dekat rak besi tu,”Balas
mak sambil memuncungkan mulutnya ke arah yang di maksudkan.Aku menghela nafas
berat.Tadi aku dah cari dekat situ jugak
la.Tapi tak ada.Aku menggaru kepala yang tidak gatal.Aku hanya menggeleng
apabila mak memandang aku.
“Dekat mana,mak tak tahu.”Mak
berlalu tanpa perasaan.Aku bungkam.Macam mana ni?Aduiii!Boleh mak jalan aje
macam tu,tak ada hati langsung nak tolong aku.Aduhai..
Dengan semangat yang masih bersisa
aku meneruskan sesi pencarian tali itu.Kalau ada buat pertandingan mencari tali
ini dan pemenang akan di tawarkan hadiah
yang lumayan memang aku sanggup!Kalau di tawarkan berkahwin dengan Muhammad
nak?Aku terhenti bergerak sedetik.Soalan hati ku ini benar-benar melumpuhkan
tumpuanku.Aku beristifar.
“Ni,ha.”Terkejut aku dengan suara
mak yang tiba-tiba ini.Huh,mak ni
macam superman lah.Hadirnya tidak di
jangka,perginya tanpa di sangka.Aik,macam
pelik aje ayat tu.Tidak di jangka dengan tanpa di sangka tu bukan sama makna
ke?Adus.Tapi ejaannya ada beza
sikit.Aku ketawa di dalam hati.
Aku mengalihkan pandanganku pada
tangan mak yang memegang tali raffia
itu.Mataku bercahaya saat ini sambil tersenyum lega.Mak memang hero aku.Aku
tersengih kemudian apabila mak menjeling padaku.Huyoo,mak.Patut abah jatuh cinta dengan mak,sebab mak ada mata
sakti ar!Aku tersengih memanjang.
Aku memandang tali raffia di
tangan.Sebab kau punya pasal,kerja aku jadi lambat tau!Patutnya aku dah boleh
mula baca novel dari tadi dah.Apada
kau,Ainul.Macam penting sangat novel kau tu,siap marahkan tali barang!Tali tu
tak salah apa pun.Dia tahu pun tak apa tu novel.Meletus tawa kecil di mulutku
kemudian segera aku mematikan tawa dibibir ini apabila kak Sha berlalu ke
dapur.Aku tersenyum padanya.Dia membalas senyuman ku.
Tanpa berlengah aku terus
mendapatkan gunting milik aku di dalam bekas pensil untuk memotong tali
raffia.Setelah ku kira panjangnya cukup untuk mengikat buku-buku teks tersbut
aku terus memotong dengan senyuman di bibir.Sekali tengok aku ni macam terlalu
berhemah ketika melakukan kerja.Padahal,yang sebenarnya seperti yang di
dendangkan oleh Yuna penyanyi wanita dengan tudung selendang di kepala.Aku
sedang berangan ketika ini!Masya Allah.Aku menggeleng seorang diri.Berangan
yang tak ada kesudahannya.
Esok aku nak pakai baju apa ek?Cuba cantik-cantik sikit la esok.Pakai
baju muslimah dengan seluar jeans,lepas tu aku nak cuba pakai tudung
selendang.Minta tolong kak Sha tunjukkan.Aku tersenyum.Pada muka ni pulak,nak
pakai celak dekat mata sikit ke hah?Ermm..
“Nak pulang buku ke?”Tegur kak Yan
pada ku.Kak Yan memang kakak yang paling sporting
dan rapat denganku.Aku bukan mengatakan bahawa kakak ku yang lagi empat
orang tu tidak sporting atau tidak best,maklumlah,kakak
ku yang oertama telah enam tahun mendirikan rumah tangga.Begitu juga dengan
kakakku yang kedua.Manakala kakak ku yang noombor tiga pula baru tiga tahun
usia perkahwinannya.
Apa yang aku lihat,mereka semua
berbahagia di samping suami tercinta.Aku lihat kakak-kakak ku yang telah
berkahwin memang tidak tersalah memilih suami untuk di jadikan peneman
hidup.Aku berharap semoga aku juga di pertemukan dengan seorang yang
bertanggungjawap dan sangat baik.Aku
mahu kebahagiaan.Memanglah,Ainul.Tak ada manusia dalam dunia ni yang tak mahu
kebahagiaan.Pernah ke orang mengaku dia nak kesengsaraan?Tidak pernah sama
sekali.Kalau ada pun orang itu telah putus fius!
“A’ah,esok nak kena pulang
dah,”Jawabku dengan bersemangat.Jangan tak tahu tau,kak Yan aku ni kalau bab
mengambil perhatian macam ini adalah bukan kerana dirinya sendiri,kerana yang
aku tahu dia malas mahu bertanyakan sesuatu yang telah di ketahuinya.Saja nak
ambil hati adiknya ni.Dan yang paling tepat,bakal abang iparku ini selalu
menyuruhnya memberi semangat kepada aku supaya boleh menjawab peperiksaan
dengan jayanya.
“Sampai pukul berapa?”Kak Yan bertanya
sambil meninjau-ninjau buku-buku yang telah siap ku kemas.
“Ainul tumpang kawan esok,tak tahu
dia nak pergi sekolah pukul berapa esok,tapi yang pasti lepas pulang buku kita
terus balik la,”Balasku panjajng berjela-jela.
“Petang dalam pukul 4 tu kita balik
kerja,nak ikut kita pergi Tesco?”Kak Yan bertanya sambil sebelah keningnya
terangkat.Ni perasan macam artis mana pulak ni.Kalau aku dah ambil Ziana
Zain.Oh,ye.Kak Yan satu hari tu ada cakap yang dia tu kan perasan muka dia tu
macam Acha Septriasa artis Indonesia yang
juga pelakon filem My heart.Bagi aku,ada la sikit-sikit macam Acha
Septriasa.Bentuk muka dah sebiji,mulut pun ye,serba-serbi serupa!Cuma kuasa
Allah memang tidak dapat kita duga.Allah boleh cipta yang sebiji,tapi mesti ada
lainnya yang kadang kala tidak tahu di mana.Macam cap jari juga!Sedangkan
kembar seiras pun tidak akan serupa sama sekali.
“Tesco?Boleh..pukul 4?Ermm,kalau balik dari sekolah tu kita
nak singgah mana-mana pun sempat,”Aku tersengih.
“Tapi dengan abang Idham sekali,”Aku
hanya mampu menggangguk.Hah,sekali lagi aku jadi benteng pertahanan detik
pertemuan dua pasang kekasih ini.Kerja follow
kak Yan dating ni bukan benda yang
asing bagiku.Masuk kali ni dah yang ke sepuluh aku joint dorang dating.Abah
yang sarankan supaya bawa aku sekali untuk mengelakkan fitnah dan prasangka
buruk manusia durjana secara langsung dapat menghindarkan zina.Dan secara
langsung aku telah menetapkan jati diri ku.No,dating-dating
ya!Aku nak kelainan dari orang yang bercinta pada zaman sekarang ni.Dating lepas kahwin,baru sweet!Inilah untungnya jadi adik
kesayangan, boleh kacau daun.Ha ha ha!
“Lepas tu kan,dalam bulan depan nak
ikut kita pergi balik kampung abang Idham?”Aku benar-benar teruja mendengar
pelawaan kak Yan.Pergi perak uw!Maklumlah,aku
ni dah jarang sangat keluar rumah masa tingkatan lima.
“Okey aje!”Aku tersenyum lebar
seraya mengangkat tanganku dengan menunjukkan ibu jari tanda setuju.
Tidak lama selepas kak Yan berlalu
masuk ke bilik,Handphone ku berbunyi
menandakan ada mesej baru ku terima.
Salam,esok
pukul 11.30 aku datang ambik kau.Ade helmet tak?
Aku tersenyum seraya menekan punat replay kemudian menekan butang huruf
dengan lajunya sebelum menekan punat send.Setelah
berpuas hati dengan apa yang ku taip aku
menekan butang send.Setelah
mendapat report mesej telah di hantar aku membuka send item dan membaca balik apa yang ku taip.
Wasalam,ok!Ada.Helmat
mak aku punya =)
Aku tersengih dengan mesej yang aku
taip sendiri.Ainul,gila!sedetik kemudian buunyi mesej baru masuk.Aku terus
menekan punat untuk membaca isi mesej
itu.
He
he he..mak kau punya pun mak kau lah!Hahaha =D Jumpe esok¬,¬
Namun kerana perasaan was-was yang
satu ini aku membalsa juga mesejnya.
Pakai baju sekolah ke t-shirt
biasa?Ada yang cakap kat aku pakai baju sekolah,ade yang kate pakai baju biasa je,mana satu?
Aku terus menekan butang
hantar.Kemudian dengan pantasnya orang di sana menaip.Perhh!Dah expert sangat
menaip ni!Aku membaca balasan mesej dari Aisyah.
Baju t-shirt biasa jela,kan kite dah habis
sekolah.Kalau budak PMR lain lah.Risau sangat kau ni.Bukan kau bekas pengawas
ke?
Aku tertawa dengan mesej Aisyah itu.Aik,perli nampak!Okey,aku dah ada kata putus sekarang
ni.Esok memang sah aku pakai baju T-Shirt muslimah dengan seluar jeans.Berselendang pula aku KIV
nanti.Tanya kak Sha dulu dia nak tak tolong pakaikan tudung selendang dekat aku
ni.Hrmm,ngantuk lah.Tidurlah!