Monday, 28 January 2013


                               BAB 18
        Motor LC milik Aisyah di parkirkan di tempat basikal.Baru semalam aku memakirkan basikalku di situ.Aku tersenyum.Hari ini mungkin hari terakhir aku masuk ke dalam bilik SPBT yang tersusun indah ini.Ramai pelajar berpusu-pusu keluar dari bilik SPBT dan berebut dengan pelajar yang mahu masuk ke dalam bilik SPBT yang mana nama penuhnya ialah bilik Skim Pinjaman  Buku Teks.
              Aku sedikit gerun untuk turut serta aktiviti rempuhan spontan oleh pelajar lepasan SPM ini.Hish,tak tahu sabar ke?Geli aku bila mengenangkan lelaki dan perempuan yang berpusu-pusu keluar dari bilik yang agak besar itu bersentuhan antara satu sama lain.Tak ada maknanya aku nak bersenggul-senggul dengan pelajar lelaki!
            Aku masih tercegat sejauh sepuluh langkah dari bilik itu.Aku mahu tunggu sehingga kelibat manusia di dalam bilik itu berkkurangan.Bersabar Ainul.Aku kemudiannya perasaan ada mata-mata yana melihat ke arahku.Ala,buat dek aje Ainul!
            “Nul,jom lah.Nak berdiri sampai bila dekat sini?”Aisyah yang sedari tadi berdiri di sebelahku bersuara.
            “Jap ar,ramai sangat la.Rimas nanti,”Balasku dengan muka tidak selesa.Aisyah ku lihat mengangguk tanda setuju.
            “Ainul!!”Aku segera menoleh ke arah suara yang menjerit memanggil nama ku itu.Maklumlah,di sekolah ku jarang benar manusia perempuan  yang bernama Ainul.Sekarang mak bapa dorang bagi nama yang modenlah kan.Mana main nama Rafeah,Saodah,dan beberapa nama lain yang telah jarang di pakai orang.Yang kadang-kala tidak memberi makna langsung!Jadi,aku tahulah bahawa manusia  itu memanggilku.
              “Oit!Kau!”Balasku spontan.Nurul ketawa dengan tindak  balas ku.Aku membalas tawanya dengan sengihan.Kau ni tak ubah-ubah dari dulu,Nurul!Ketawa aje  la kerja kau kan.Aku fikir lepas kau dah keluarkan segala ilmu yang kita dah belajar di sekolah pada kertas jawapan masa SPM hari tu,hobi ketawa kau dah lupus.Rupa-rupanya aku telah tersilap membuat perhitungan.
            “Nanti boring-boring datnglah ruma aku,dekat sebalah sekolah ni aje kan,”Nurul mempromosikan rumahnya supaya di kunjungi aku dan Aisyah.
            “InsyaAllah ye Nurul,”Aku mengelipkan mata ku  berkali-kali.Ku harap  mukaku cukup comel saat ini.Eceh,perasaan!Nurul mencebirkan bibirnya.
            “Kalau kau nak aku datang masakkan aku sedap-sedap dulu,baru aku nak datang.”Seloroh Aisyah ada tawa di akhir ayatnya.Aku dan Nurul memandang Aisyah dengan mata membulat.Lagi setengah inci nak terkeluar dah!
            “Kau datang la dulu,nanti aku hidangkan apa-apa aje yang aada dekat rumah aku tu,kalau dalam tudung saji tak ada apa-apa,aku tengok dalam almari dapur pulak.Kalau dalam almari dapur pun tak ada apa-apa tapi aku sempat nampak ada tikus,aku tangkap tikus tu nanti aku bagi kat kau!”Panjang berjela minah Nurul ni menutur kata.Memang nenek kebayan,ye nenek kebayan jugak!
           “Cis,baik tak payah aku datang rumah kau,sampai hati!”Ujar Aisyah dengan nada lirih.Nurul hanya ketawa dan ketawa.Aku menggeleng melihat gelagat kedua orang rakanku.Kemudian sambil bergelak ketawa,aku tidak putus memandang bilik SPBT yang semakin lama,semakin lengang itu.Aku menarik nafas lega.
            “Weh,dah sikit orang dekat bilik SPBT tu,jom pulang buku sekarang nak?”Ujarku kepada kedua orang rakanku itu.Aku kemudian memandang Nurul kemudian bertanya padanya.
           “Kau baru sampai ke tadi?”Soalku padanya.Nurul tersenyum sambil menggeleng.
           “Aku da sampai dulu dah dari korang,”Balas Nurul bangga.Aku tersenyum kemudian membalas.
           “So,dah pulangkan buku la ni?”Tanyaku lagi.Dia ku lihat menggeleng.Aisyah telah pun berjalan kehadapan mendahului aku dan Nurul.Aisyah memang berani.Sedangkan pelajar lelaki ada yang sedang berdiri berdekatan pintu masuk bilik SPBT.Salah seorangnya ialah bekas ketua  pengawas iaitu Azam!Aku berjalan dengan selamba.
           “No la,kau tengok la tadi.Ramai gila manusia dalam ni,”Meletus tawa kecil dari bibir ku mendengar Nurul berkata.Dia ni kalau bercakap memang ada saja yang kelakar.Kedengaran ayat itu hanya biasa sahaja tetapi gayanya yang menyampaikan ayat itu cukup menggelikan hati ku.Kami berjalan melepasi lelaki-lelaki yang tidak ada kerja lain tu!Berdiri la dekat tempat lain.
           Setelah kami melangkah masuk ke dalam bilik SPBT,tanpa berlengah aku mendapatkan ahli SPBT yang bertugas mengendalikan sesi pemulangan buku teks pada hari itu.Ramai antara mereka yang sekelas denganku.
          “Syu lee,kenapa awak pakai baju sekolah hari ni?”Tanyaku yang hairan dia berpakaian baju seragam sekolah.Dia tersenyum mendengar pertanyaanku.
         “Hali ini saya ada periksa itu Bahasa Cina la,kan saya baru habis periksa hari ini punya,”Jawabnya dengan senyuman manis.Aku menepuk dahi.Adui,macam mana boleh lupa ni hah?
           “Oh,ya..ya.Saya lupa.Patut semalam budak melayu dengan india aje yang seronok bukan main,tapi budak cina biasa aje.Rupanya awak ada lagi exam hari ni,hrmm..ni nak susun terus dekat buku-buku yang dah tersusun  tu ke?”Solku padanya.
          “Err,tak da la.Awak tunjuk semua buku dekat saya dulu.Saya nak kira cukup ke tak.Nka rekod dekat kertas ini.Nanti ar,awak tanda tangan di sini.”Ujarnya seraya menunjukkan kertas yang di maksudkannya itu.Aku melihat kertas itu lalu mengangguk faham.Tanpa berlengah aku meletakkan buku yang telah siap ku ikat di atas meja.Dia kemudiannya mengira jumlah buku yang ku pinjam itu.Aku hanya memerhati.
            “Hrmm,okey ar..awak tanda tangan sini,”Dia memberikan ku kertas tersebut berserta pen hitam.Aku terus menurunkan tanda tangan di kertas tersebut sebaris dengan namaku yang tertera di situ.
            “Okey,”Ujarku.Dia kemudiannya mengarahkan petugas lain untuk membantu menyusun buku-buku yang telah ku pulangkan itu di tempatnya.Oh,aku tak payah la susun.Lega.
             Aku menunggukorang ni ye!
            “Hah,dia ni rupanya..”Aku segera menoleh ke arah gerangan yang bersuara tadi.La,dia?Aku memaksa untuk tersenyum.Tetapi senyumanku kelat.Biar tak manis,dengan dia ni tak payah manis-manis pun tak apa.
            “Ingatkan tiang apa tadi tegak dekat sini,”Ujarnya ada nada memerli.Aku terajang kau nanti manusia!Perh,Ganasnya!Aku acah ajela.Gila apa nak suka-suka terajang anak orang,paling berani pun ketuk kepala dia dengan kasut aku tu!Berasap kepala aku ni.
              “Tak cukup jadi tiang setiap pagi masa jadi pengawas dulu,ni nak jadi tiang apa pulak,”Perlinya lagi.Berasap betul aku sekarang ni.Di katanya aku ni tiang?Dah cukup anggun aku hari ni boleh kau kata aku ni tiang?Tak guna.Kurang ajar kau kan!Aku hanya menghadiahkan sebuah jelingan tajam.Kau jangan ingat yang kau bagi aku kucing pastu boleh kutuk-kutuk aku!Kau tu apa sangaaaatt!
               “Hah,mengurat anak orang!”Aku dan dia menoleh serentak ke arah pintu.Azam?Apa kena pulak dengan mamat ni.Tiba-tiba tak ada angin.,tak ada ribut sibuk nak masuk line?Aku dah pelik dengan dia ni sejak dia berjaya bakar hati aku masa dalam bilik disiplin tu.
               “Eh,mana ada.Aku tengah tunggu nak tanda tangan ni,dia ni yang berdiri tengok aku nak pulangkan buku,”Aku membuntangkan mataku.Aku memandangnya dengan tajam setajam pedang yang jauh menusuk tembus ke belakang.Sejak bila pulak aku tengok kau?!
                “Tu,pakwe kau dah marah.Tak payah kut berdiri dekat sini.Tunggu la kawan dekat luar sana.”Ujar dia pada ku yang sudah panas menunggu masa untuk meletup.Tetapi entah kenapa aku rasakan ada nada lain yang di maksudkan olehnya dengan perkataan‘pakwe’.Azam pakwe aku?No way beb!
                “Mana ada pakwe!Pandai-pandai aje,”Aku menyangkal kata-katanya.Dia ku lihat hanya bersahaja dan terus mendapatkan kertas dan pen untuk di tanda tangan.
                “Kucing saya jaga elok-elok tau!”Ujarnya sebelum melangkah keluar dari bilik SPBT.Hish,bukan dia dah bagi kucing tu dekat aku ke?Asal dia menngaku-ngaku tu kucing dia lagi?Dan yang aku pelik sekarang ni,si Nurul dan Aisyah tak siap-siap dari tadi ni kenapa?Aku mendekati Aisyah dan Nurul.
                 “Kenapa lambat sangat?”Soalku sedikit berang.“Korang buat apa?”Sambungku lagi.
                “Saja bagi kau peluang berborak kejap dengan kekasih hati,kitorang tengok-tengok dorang buat kerja ni sementara kau habis borak,”Balas Nurul.Kepulan asap hebat keluar dari kepala ku saat ini.Satu-satu cari pasal dengan aku!
                 “Ngggrr!”Aku membuat muka geram.Malah hati ku makin terbakar apabila dua orang manusia ni hanya ketawa mengejek padaku.Tak guna!

AISYAH membelokkan motornya menuju surau berdekatan dengan rumah Nurul.Di sebabkan pengakuan jujur Nurul yang tidak mempunyai makanan yang sedap-sedap di rumahnya,jadi si Aisyah tidak mahu singgah ke rumahnya. Hish,bunyinya macam tak patut kan?Apalah buruk betul perangai manusia ni.Lagi pun sebab utamanya ialah kami mahu membincangkan sesuatu.Oleh itu,tempat yang kami pilih untuk berbincang ialah di surau berdekatan dengan rumah Nurul sementara menunggu masuknya waktu zohor.Alasan Aisyah itu hanya mahu saiko si Nurul aje.Memang riak muka Nurul sedikit berubah apabila dengan jujurnya Aisyah menutur kata.Tetapi telah kembali ceria apabila Aisyah telah memohon maaf dan menyatakan hasratnya mahu mrmbincangkan sesuatu.
            Aku membuka kasut dan meletakkan kasut ku di rak yang tersedia.Dengan langkah kanan ku masuk ke dalam surau yang cantik reka bentuknya.Zaman sekarang ni,surau dengan masjid sudah tidak banyak bezanya apabila mempunyai reka bentuk yang cantik dan kelihatan mewah.Cuma yang membezakannya ialah jumlah jemaah yang dapat di tampung.Sudah semestinya masjid lebih besar.
             Entah mengapa setiap kali menjejakkan kaki ke masjid mahu pun surau,perkara pertama yang ku ingst ialah bersinggah seketika untuk menunaikan solat kerana Allah s.w.t.Kedua mestilah telekung!Aku menepuk dahi ku lembut.Walamak!Macam mana boleh lupa ni?Eh,sejak bila pulak aku lupa?Bukan memang kau tak ada niat nak bawak telekung ke tadi,sebab tak tahu pun akan singgah surau dan solat sekali dekat surau?Oh,ya..ya..
           “Erm,dekat surau ni ada telekung kan?”Aku bertanya kepada kedua orang rakanku yang sudah duduk bersila.
           “Ada,”Balas Aisyah.Tetapi jawapan Nurul lain pula.Memang tidak terfikir dek akal minah ni boleh malalut jauh.
           “Mestilah ada telekung,tak kan bikini kut dekat surau!”Meletus tawa dari mulutku dan mulut Aisyah.Ada ke situ pulak!
           “Memanglah,aku tanya aje.”Ujarku dengan sengihan.Tanya pun tak boleh!
           “Mana boleh aje-aje!”Nurul masih mahu mencari pasal denganku.Eh,aku tala nanti kau,baru tahu!
           “Aku tanya aje tadi,sebab aku tak bawak telekung,”Ujarku tenang biar pun mataku sekejap membulat,sekejap mengecil bila bercakap dengan Nurul.Geram betul aku ni!
           Nurul kemudiannya hanya diam dan bersahaja seperti biasa.Dia  ni kan,kadang-kadang aku tengok sama pulak dengan mamat tak ada perasaan tu.Memang tak ada perasaan macam kak Sha jugak!Aik,Ainul.Entah-entah kau pun sama kut!Yang penting aku tak menyakitkan hati orang!Hati ku berbalas-balas.
          “Macam mana nanti sementara tunggu keputusan?Nak kerja apa?”Aisyah memulakan mukadimah beserta objektif kami berkumpul iaitu hendak buat apa sementara menunggu keputusan.Aku mengetap bibir sambil mataku memandang siling surau yang cantik berukir corak.Aku memikir seketika sebelum member jawapan.Itu yang terbaik dari semberono jawab yang apa-apa entah!
          “Kakak aku ni dia ada kawan yang kerja dekat kilang ubat,dia kata memang boleh tolong tanya kan kalau kita nak kerja dekat situ,”Ujar Aisyah.Bagus betul Aisyah ni.Dia yang tanya kita dulu dia yang bagi jawapan dulu.
             “Hrmm,okey jugak tu.Biasanya kalau ada orang dalam yang tolong senang sikit.Tapi kawan kakak kau tu kerja dekat kilang betul ke ofis?”Tanya Nurul berminat.Aku juga berminat dengan pekerjaan itu.Kilang pun kilanglah.Yang penting tiap bulan duit aku masyuk!Aku sebenarnya pun minat dengan ubat-ubat ni.Teringin juga aku nak ambil bidang farmasi ni.Tapi apakan daya,aku hanya aliran akaun.Lainlah kalau Muhammad tu,dia tu budak sains.Minta bidang apa pun boleh.Untunglah kau manusia!
           “Kawan kakak aku ni bahagian ofis,memang dia yang pantau pekerja kilang tu buat kerja,”Balas Aisyah lengkap.
           “Tapi kan,kau tak takut ke kerja dekat kilang ubat?”Nurul bertanya dengan suara yang sedikit berbisik.Aku mengangkat sebelah keningku kemudian memandang Aisyah dengan pelik seblum memandang Nurul kembali..Apa si Nurul nak takutkan ni?Kilang ubat aje,bukan kilang arak.
            “Yela,kan ubat tu sejenis dadah.Mana tahu hari-hari rasa ubat tu,nanti ketagih.Kau tak takut ke?”Nurul bertanya dengan lagak professional. Pulak?
            “Laa,kita buat kerja je ar.Jangan di makan ubat tu!Yang di makan tu buat apa,tu kan kalau kita makan.Kalau tak makan tak ketagih la,”Balasku dengan bersungguh-sungguh.Apalah kau ni Nurul!Buat takut aku aje,ingatkan nak takut apa?
             “Memanglah kita ni bekerja,tapi kalau kita tengok ada orang yang makan ubat-ubat tu sebab dah ketagih macam mana?Takut aku nak kerja dengan orang macam tu,”Ujar Nurul dengan wajah sedikit gerun.Aku memandang Aisyah dan memberinya peluang untuk bercakap sebelum aku yang bercakap.
             “Eh,tak adalah.Kawan kakak aku tu selamat aje kerja dekat situ.Jangan takutlah,dia selalu tengok-tengok apa yang pekerja dia buat.Jangan risau,”Aisyah memberi kata positif buat pendengaran Nurul yang bayak songeh ini.Aku mengangguk kdemudian berkata.
            “Sebab  tu kita berbincang ni nak pergi bekerja dekat tempat yang sama.Bila ada kawan tak adalah takut.Kalau ada orang yang pelik-pelik kacau kau,kita bertiga ni bergabung lawan orang tu balik la.Terpulang nak bertukar jadi ultraman ke,power rangers ke..”Kata ku ada tawa di akhir ayat.Kata-kata ku ini di sambut dengan hilai tawa mereka.Nurul yang ketawa sedikit kuat benar-benar merisaukan aku yang kuatir di marahi orang lain yang berada di surau itu.Lalu tanpa membuang masa aku menutup mulutnya dengan tapak tanganku seraya berkata.
            “Syyytt..perlahan sikit ketawa tu,kau ni..”Aku menggeleng manakala Nurul tersengih malu.Aisyah pula menakup mulutnya sendiri rapat-rapat.Lagaknya seperti dia yang ketawa terlalu kuat.Aku kemudiannya tersengih.
            “Okey,dekat mana tu?Jauh ke?”Tanyaku bertubi-tubi.Aisyah menggaru kepalanya yang tidak gatal.Aku tahu lah kepala dia tu sebenarnya tak gatal.Tu namanya reflec action.Eh,subjek sains pulak tiba-tiba timbul.Aku kerawa di dalam hati.
             “Aku tak ingat dekat mana,tapi jauh dari kita la.Shah Alam ke lagi jauh.Tapi antaranyalah,”Ujar Aisyah yang sedikit teragak-agak untuk menjawap.Aduh,jauh tu.Kalau Klang pun belum tentu ada transport apa lagi Shah Alam?Betul-betul dalam alam ni.
             “Ush!Kena ambik lessen dulu ni!”Ujar ku dan di sokong Nurul manakala Aisyah hanya memetik jari.
             “Erm,betul jugak tu!”Kata Aisyah kemudiannya.
             “Aku dah la tak tahu bawak motor!”Ujarku dengan sengihan.
             “Tak apa,aku boleh ajar.”Saran Aisyah kedengaran bersungguh-sungguh.Aku pula hanya tersengih terharu.
             “Tapi,ada cadangan kerja lain tak selain kilang ubat ni,sebab takkan kiata nak tunggu kilang ubat ni semata-matakan.Lagi pun aku kena tanya kawan kakak aku dulu.Kalau kita ada usaha cari kerja lain jugak,mana tahu dapat yang lagi dekat,lagi bagus kan?”Ujar Aisyah sekali lagi.Aku terangguk-angguk seperti pak nujum yang mendengar masalah orang  yang meminta bantuan darinya.
             “Apa kata kita jual burger ajelah!”Gempak punya cadangan bermutu dari nenek kebayan seorang ni.Nurul kau ni memang terbaik!Tapi kena dengar kata putus lembaga pengarah dulu iaitu Aisyah.Cewah!
            “Hah!Aku pun sebenarnya dah lama terfikir nak buat kerja tu,tapi dekat mana nak berniaga.Fuh,kalau muka kita ni yang meniaga mesti ada sambutan.Lagi-lagi perempuan,jarang orang perempuan jual burger!”Berderai tawa dari manusia bertiga ini termasuk aku.Wa ka ka!Tetapi kali ini sedikit perlahan dari tadi.
             “Cadangan lain,”Nurul meminta cadangan yang seterusnya.Aku terus menjawap dengan pantasnya.Wah!Maju kau Ainul!
             “Kerja dekat kedai kek,hobi aku tu nak buat kek!Lagi satu,paling best cuba kau fikir,bila ada kek tu dah tak ada orang beli,hujung bulan mesti bos tu bagi kita free punya.Itu yang aku nak tu!”Cadangan nakal oleh ku.
             “Ha ha ha,boleh jugak tu.Free siapa tak nak?boleh la kedai kek tu,kalau budak macam kita ni minatnya mesti kerja dekat kedai top up,tak ada kerja lain ke.Best jugak kedai kek ni!”Aisyah ku lihat benar-benar teruja dengan cadangan aku.Yes!

Sunday, 13 January 2013


                              BAB 17

       Seperti yang telah di rancang olehku semalam,hari ini aku mengenakan baju muslimah dengan seluar jeans.Aku berpakaian simple tetapi manis di pandang.Anak Usman mana yang tak manis kan?Kembang mekar kalau abah dengar.Nasib baik aku cakap dalam hati kalau depan abah tadi macam mana?Sesungguhnya Allah yang telah menciptaankan aku ini yang cantik menawan.Anggun gitu!Eceh,Po daa lah!
              Setelah mengenakan secolet pelembab bibir di bibirku yang seksi ini,aku mengenakan pula celak berwarna hitam di bawah mata ku yang mempersonakan ini.Perasan tak sudah kau ni!Sekali-sekala melaram,tak apa kan.Lagi pun aku tak adalah macam kak Sha aku yang sorang tu.Kalau berdandan depan cermin satu jam belum tentu sudahnya!
          Aku berposing sikit-sikit di depan cermin sementara kak Sha belum keluar dari bilik mandi.Poyo jek sikit-sikit konon,ayat tak boleh blah!Aku ni excited sangat,kak Sha pun belum siap nak pergi kerja kau dah mendahuluinya.Bukannya aku tak pernah bersolek simple-simple macam  ni.Kalau temankan kak Yan pergi dating tu ada aje aku kadang-kadang pakai celak.Ni pasal excited nak pakai selendang sebenarnya!First time la katakan.
          Aku mengerling jam di diding.Pukul 10.55 minit.Aku masuk aje ar bilik kak Sha ni.Mudah-mudahan mood kak Sha baik hari ni.Tanpa berfikir panjang aku melangkah ke bilik kak Sha.Kak Sha memang ada bilik sendiri.Hanya aku dan kak Yan saja yang berkongsi bilik.Kak Sha memang tidak suka bercampur dengan adik-beradik sangat.Dengan aku saja dia sudi berkongsi cerita.Lagi-lagi perihal pakwe,terpaksa juga aku tadahkan telinga ni untuk mendengar cerita sensasi darinya.Kak Sha ni memang macam artis!
          Pernah juga dia mengutuk adik-beradiknya sendiri malah termasuk aku juga di kutuknya depan-depan!Sejujurnya  aku katakan bahawa sepanjang dia bercakap denganku,memang aku mengucap panjang di dalam  hati.Serba-serbi ceritanya iu lebih kepada mengata orang!Astagfirullahalazim.
          Aku mengetuk pintu kak Sha.Sesungguhnya hanya pabila mahu masuk ke bilik kak Sha sahaja aku mengetuk pintu.Dia tu kan penuh dengan privasi.Kemudian aku menolak daun pintu dengan perlahan.Aku tersengih tatkala mata kami bertemu.
          “Hai,kak Sha.Nak minta tolong pakaikan tudung selendang boleh tak?”Aku melihat kelincahan kak Sha menggerakkan berus pemerah pipi di pipinya yang gebu berwarna kuning langsat itu.Huh,aku nak pakai pemerah pipi tu?Tak payah la.Pipi aku ni memang akan terjadi merah dengan sendirinya apabila terdedah dengan matahari.Bayangkanlah kalau aku pakai jugak pemerah pipi tu?Orang gila pun boleh waras balik tau kalau tengok muka aku yang merah hot tu.Aku ketawa sakan dalam hati.Aku bersyukur kerana Allah telah menciptakan ku dengan sempurna sebagai manusia dan wanita yang tidak perlu lagi memakai pemerah pipi tu.Jimat duit,tak payah susah-susah beli pemerah pipi tu.
          “Nanti kejap,kak Sha tengah make up,”Aku tersengih mendengar jawapannya.Takkan tengah mengecat kut?Aku ketawa sakan dalam hati.Tak  berani aku nak cakap depan dia.Kang tak pasal-pasal tudung selendang yang aku minta pakaikan jadi tali pencekik leher aku pulak!Innalillah jawapnya.
              Kemudian ku lihat dia meletakkan berus pemerah pipi itu di tempatnya kembali.Dia kemudiannya memandang ku.Aku tersenyum seraya menghulurkan kain selendangku padanya.Dia menyambut kain selendang itu sambil menilik-nilik selendangku.Aik,selendang dia dah banyak takkan nak aku punya selendang jugak kut?Aku melihat tudung selendang yang terletak cantik di kepalanya.Huh,kak Sha ni pakai tudung aje,aurat bukan nak tutup!
              Aku melihat cara pemakaian tudung selendangnya yang hanya menutupi kepala tetapi tidak sampai menutupi dada.Nak tayang kemantapan kak Sha ke?
             “Siapa yang belikan tudung ni?”Aku yang tadinya leka memerhati cara pemakaian kak Sha segera memandang tepat wajah kak Sha yang jelita.
             “Kak Yan yang belikan,hadiah hari jadi kita,”Balasku dengan senyuman manis.Ku lihat riak wajahnya sedikit berubah.
             “Kalau kau,semuanya belikan.Kalau aku tak ada pun!Untunglah,aku sedar siapa lah aku ni.Tak di sayangi,”Aku mengerutkan dahi ku.Apehal pulak kau ni?Mak berkorban nyawa masa nak lahirkan kau,boleh pulak kau kata mak tak sayang kau?Abah pulak cari rezeki buat bela kau dari kecil siap hantar kau pergi sekolah lagi.Boleh kau persoalkan lagi kasih mak abah?Kalau kakak,abang tak sayang kau tak adanya kak Yan mengalah bagi bilik ni pada kau!Tak adanya abang Adam tolong pinjamkan duit dia tu untuk bayar kereta kau tu masa kau ada masalah kewangan.Kalau dorang semua tak sayang kau tak adanya dorang hiraukan perasaan dan masalah kau!Kasih sayang ni bukan boleh di nilai dengan pemberian barang semata-mata.Kasih sayang ni susah untuk di tukarkan ke bentuk penyata macam perakaunan tu!
            “Sayang la,kau ni kak Sha.Cuba fikir positif,”Ujarku.Dia ku lihat hanya mencebik.Susah betul orang keras  hati dan keras kepala macam dia ni!Aku melihat kak Sha mengadjust selendang di kepala ku acuh tidak acuh.
             “Pukul berapa ye sekarang?”Kak Sha bersuara.Kak Sha hari ini masuk tengah hari.Terbangun lambat lagi la tu pagi tadi!Tu la,suka kunci pintu tak nak orang kacau dia konon.Hah,kalau terlambat bangun pagi,mak pun tak  boleh tolong kejutkan.Mana tak nya,pintu berkunci.
             Aku menyelukkan tanganku ke dalam poket seluar untuk mengambil handphone.Setelah handphone ku tarik keluar,aku terus menekan salah satu punat supaya lampu screen menyala bagi melihat jam di telefon bimbit ku.
               “Pukul 11.05 minit.”Ujarku.
              Kak Sha dengan tiba-tiba merampas telefon bimbitku kemudian dia melihat screen telefon bimbitku dengan dekat.Matanya ku  lihat membuntang.Apa pulak ni?
             “Alamak!Aku  nak pergi kerja ni!Aku takut tak sempat ar,Ainul.Ainul pakai lah sendiri ek.Kak Sha terlambat masuk kerja nanti!Takut jalan jam pulak,”Kak Sha bersuara dengan kelam-kabut.Dia dengan selambanya mencampakkan telefon bimbit ku kepada aku yang terkulat-kulat.Aku dengan kalutnya menyambut telefon kesayanganku yang tidak berapa canggih ini.Lainlah kak Sha,semua mesti yang gempak punya!Fuh!Nasib baik aku dapat sambut,kalau jatuh berderai dekat lantai,memang aku tak peduli dengan kak Sha.Aku belasah dia jugak!Eleh,cakap bukan main gempak,ada berani ke?Berani tu ada,cuma kerana hormatkan dia tu sebagai kakak,jadi aku tak sanggup.
             Kak Sha terus berlalu meninggalkan aku di dalam biliknya yang masih terkulat-kulat.Aku mendengus geram.Minta tolong sikit macam tu pulak!Aku menghela nafas panjang.Nampaknya,pakai tudung biasa ajelah aku hari ni.Hrmm,kerana malas punya pasal aku ambil keputusan untuk memakai tudung ariani sahaja yang elok tersangkut di dalam almariku.
             Aku mengerling jam di dinding bilik sekali lagi.Pukul 11.07 minit pagi.Aku hanya mendengar kereta kak Sha bergerak untuk pergi ke kerja.Aku mengikat dan menyimpul rambutku sekemas  mungkin memandangkan masih banyak  waktu.Kemudian aku mengambil anak tudung sepasang dengan tudungnya yang berwarna unggu.Anak tudung ku ini mempunyai dua garisan berwarna unggu dan merah hati.
            Aku menyarungkan anak tudungku di kepala.Kemudian aku menyarung tudungnya pula di kepala.Aku hanya tidak memerlukan satu pin pun di leher.Hanya perlu pinkan atas tudungku dengan jarum peniti supaya tidak jatuh tercabut  dari kepala apabila di tiup angin.Sebagai langkah keselamatan.
          Aku tersenyum memandang wajahku di cermin.Boleh tahan kan kau ni,Ainul?Aku tersengih seperti kambing.Aik,kambing lagi.Aku ketawa sakan di dalam hati.Stelah berpuas hati dengan  penampilanku hari ini,aku terus melangkah keluar dari bilik.
           Sementara menunggu ketibaan Aisyah di rumahku,aku mengisi perutku dengan jumput-jumput yang mak goreng.Air kopi Radix di cawan makku aku ambil sedikit denganmenuangnya di dalam cawan lain.Bagus tahu minum air kopi Radix ni.Selain kopi seperti namanya ini,kopi ini juga mengandungi herba yang baik untuk tubuh badan.
              Jam di dinding dapur kukerling lagi entah buat yang keberapa kali.Pukul 8 tepat.Aku menghela nafas panjang.Aku menghirup air di cawan sehingga habis.Mak yang ku  lihat sibuk menyiang ikan sesekali mengesat peluh.Kesian mak penat memasak untuk kitorang.Aku leka melihat mak membuat kerja.
          
           “ASSALAMUALAIKUM,Ainul!”Tiba-tiba aku terdengar suara orang memberi salam serta menyebut namakku.Hah,pasti Aisyah.Dengan pantasnya aku memunculkan diri di depan pintu dengan sengihan.
            “Waalaikumsalam,kau!”Aku dengan gaya sedikit ganas membalas tegurannnya dengan menyebut‘kau’.Apa kau ni,Ainul.Nama dia Aisyah tau!Ala,gurau sekali-sekala.
               “Kau!”Aisyah mengajukkan kembali ayatku dengan tawa.
               “Kejap ye,aku nak salam mak aku dengan ambik helmet sekali,”Ujarku sambil membuat isyarat tangan sebentar.Aisyah ku lihat mengangguk dan menantiku dengan sabar.
               Aku mendapatkan mak di dapur dengan senyuman yang masih bersisa di bibir.Senyumanku semakin lebar pabila mak menoleh ke arahku.Aku menghulurkan tangan seraya berkata.
               “Aisyah dah sampai,kita pergi dulu ye mak,”
               “Tak payahla salam,tangan mak bau ikanlah.Tak apalah,”Senyumanku termati.
               “Hah?”Aku mengangkat sebelah kenigku sebelum menyambung ayat ku.
               “Tak payah salam?Tak apa?”Ku lihat mak mengaggukkan kepala.Aku hanya mampu tersengih lalu berlalu untuk mengambil helmet mak di motor.
                  “Mak pinjam helmet tau!”Laungku kepada emak.Ku dengar mak mengiakan sahaja kataku.Aku tersenyum lega.Kemudian tanpa berlengah aku mendapatkan Aisyah yang setia menunggu ku dengan motornya itu.Hah,si Aisyah ni memang dah ada lesen tau!Kami kemudiannya terus bertolak ke sekolah.Buku teks harus di pulangkan segera.Nanti hidup aman bila tiada sebarang hutang.Eh,silap.Bukan harus tetapi wajib!

Tuesday, 11 December 2012

Perdana Hati

         Bab 16
          Tanganku laju menyusun buku mengikut saiz dan ketebalan.Aku menyusun buku Prinsip Akaun yang paling tebal ini di bawah sekali.Kemudian di ikuti dengan buku matematik moden dan aku susun tingkatkan kesemua buku teks ini mengikut saiz agar boleh seimbang apabila di letakkan di atas lantai.Tak lah tumbang buku ni nanti.Kemudian aku bangun untuk mencari tali raffia untuk di ikatkan bersama buku-buku ini.
                Aku gigih mencari tali yang masih belum ku temui.Mana pulak la mak sorokkan tali raffia ni?Adui.Time nak pakai memang macam ni.Mesti tak ada.Hari tu aku tengok elok aje terletak dekat atas rak besi tu.Hrmm,cobaan,cobaan.
              Malam ini yang sedikit membahang lagi telah memanaskan aku yang telah berasa panas ketika ini.Aku menolak rambut ku yang separas pinggang ini ke belakang.Nggrr!Mana kau hah tali?Mana,mana?Aku menarik nafas sedalam-dalamnya seraya menepuk perlahan dadaku.
              Esok adalah hari untuk pemulangan buku teks.Kesemua jumlah buku yang aku pinjam ialah enam belas buah buku termasuk poem,novel Bahasa Melayu dan Inggeris,serta komsas.Aku berpuas hati apabila kesemua buku teks itu berada dalam keadaan yang baik.Jadi,aku tidak di kenakan sebarang denda kerana kerosakan atau kehilangan buku teks.Syabas,Ainul.Aku mengankat tangan kananku ke paras dada kemudian ku buka tapak tanganku kemudian melipat jari hantu,manis dan kelingking,jari yang terbuka iaitu ibu jari dan jari telunjuk yang konon-kononnya  pistol itu ku dekatkan di dagu sambil mengangkat keningku berkali-kali.Ya,contohi Ainul okey.Perasan aje aku ni kan.
             Tepat pada masanya,mak berlalu ke dapur di mana ketika itu aku sedang berusaha mencari tali yang masih tidak ku temui.Aku segera memandang mak yang memandang aku dengan selamba.Aku tersenyum lega.Penyelamat aku dah sampai.Mak lah hero!Mum is hero,mum is my idol!
            “Mak,mana mak simpan tali raffia ye?”Tanyaku dengan senyuman mengharap mak dapat membantu ku dengan memberitahu di mana terletaknya tali tersebut.
            “Cari lah dekat rak besi tu,”Balas mak sambil memuncungkan mulutnya ke arah yang di maksudkan.Aku menghela nafas berat.Tadi aku dah cari dekat situ jugak la.Tapi tak ada.Aku menggaru kepala yang tidak gatal.Aku hanya menggeleng apabila mak memandang aku.
            “Dekat mana,mak tak tahu.”Mak berlalu tanpa perasaan.Aku bungkam.Macam mana ni?Aduiii!Boleh mak jalan aje macam tu,tak ada hati langsung nak tolong aku.Aduhai..
            Dengan semangat yang masih bersisa aku meneruskan sesi pencarian tali itu.Kalau ada buat pertandingan mencari tali ini dan pemenang akan di tawarkan  hadiah yang lumayan memang aku sanggup!Kalau di tawarkan berkahwin dengan Muhammad nak?Aku terhenti bergerak sedetik.Soalan hati ku ini benar-benar melumpuhkan tumpuanku.Aku  beristifar.
           “Ni,ha.”Terkejut aku dengan suara mak yang tiba-tiba ini.Huh,mak ni macam superman lah.Hadirnya tidak di jangka,perginya tanpa di sangka.Aik,macam pelik aje ayat tu.Tidak di jangka dengan tanpa di sangka tu bukan sama makna ke?Adus.Tapi ejaannya ada beza sikit.Aku ketawa di dalam hati.
           Aku mengalihkan pandanganku pada tangan  mak yang memegang tali raffia itu.Mataku bercahaya saat ini sambil tersenyum lega.Mak memang hero aku.Aku tersengih kemudian apabila mak menjeling padaku.Huyoo,mak.Patut abah jatuh cinta dengan mak,sebab mak ada mata sakti ar!Aku tersengih memanjang.
           Aku memandang tali raffia di tangan.Sebab kau punya pasal,kerja aku jadi lambat tau!Patutnya aku dah boleh mula baca novel dari tadi dah.Apada kau,Ainul.Macam penting sangat novel kau tu,siap marahkan tali barang!Tali tu tak salah apa pun.Dia tahu pun tak apa tu novel.Meletus tawa kecil di mulutku kemudian segera aku mematikan tawa dibibir ini apabila kak Sha berlalu ke dapur.Aku tersenyum padanya.Dia membalas senyuman ku.
           Tanpa berlengah aku terus mendapatkan gunting milik aku di dalam bekas pensil untuk memotong tali raffia.Setelah ku kira panjangnya cukup untuk mengikat buku-buku teks tersbut aku terus memotong dengan senyuman di bibir.Sekali tengok aku ni macam terlalu berhemah ketika melakukan kerja.Padahal,yang sebenarnya seperti yang di dendangkan oleh Yuna penyanyi wanita dengan tudung selendang di kepala.Aku sedang berangan ketika ini!Masya Allah.Aku menggeleng seorang diri.Berangan yang tak ada kesudahannya.
           Esok aku nak pakai baju apa ek?Cuba cantik-cantik sikit la esok.Pakai baju  muslimah dengan seluar jeans,lepas tu aku nak cuba pakai tudung selendang.Minta tolong kak Sha tunjukkan.Aku tersenyum.Pada muka ni pulak,nak pakai celak dekat mata sikit ke hah?Ermm..
           “Nak pulang buku ke?”Tegur kak Yan pada ku.Kak Yan memang kakak yang paling sporting dan rapat denganku.Aku bukan mengatakan bahawa kakak ku yang lagi empat orang  tu tidak sporting atau tidak best,maklumlah,kakak ku yang oertama telah enam tahun mendirikan rumah tangga.Begitu juga dengan kakakku yang kedua.Manakala kakak ku yang noombor tiga pula baru tiga tahun usia perkahwinannya.
            Apa yang aku lihat,mereka semua berbahagia di samping suami tercinta.Aku lihat kakak-kakak ku yang telah berkahwin memang tidak tersalah memilih suami untuk di jadikan peneman hidup.Aku berharap semoga aku juga di pertemukan dengan seorang yang bertanggungjawap dan  sangat baik.Aku mahu kebahagiaan.Memanglah,Ainul.Tak ada manusia dalam dunia ni yang tak mahu kebahagiaan.Pernah ke orang mengaku dia nak kesengsaraan?Tidak pernah sama sekali.Kalau ada pun orang itu telah putus fius!
          “A’ah,esok nak kena pulang dah,”Jawabku dengan bersemangat.Jangan tak tahu tau,kak Yan aku ni kalau bab mengambil perhatian macam ini adalah bukan kerana dirinya sendiri,kerana yang aku tahu dia malas mahu bertanyakan sesuatu yang telah di ketahuinya.Saja nak ambil hati adiknya ni.Dan yang paling tepat,bakal abang iparku ini selalu menyuruhnya memberi semangat kepada aku supaya boleh menjawab peperiksaan dengan jayanya.
           “Sampai pukul berapa?”Kak Yan bertanya sambil meninjau-ninjau buku-buku yang telah siap ku kemas.
           “Ainul tumpang kawan esok,tak tahu dia nak pergi sekolah pukul berapa esok,tapi yang pasti lepas pulang buku kita terus balik la,”Balasku panjajng berjela-jela.
           “Petang dalam pukul 4 tu kita balik kerja,nak ikut kita pergi Tesco?”Kak Yan bertanya sambil sebelah keningnya terangkat.Ni perasan macam artis mana pulak ni.Kalau aku dah ambil Ziana Zain.Oh,ye.Kak Yan satu hari tu ada cakap yang dia tu kan perasan muka dia tu macam Acha Septriasa artis Indonesia yang  juga pelakon filem My heart.Bagi aku,ada la sikit-sikit macam Acha Septriasa.Bentuk muka dah sebiji,mulut pun ye,serba-serbi serupa!Cuma kuasa Allah memang tidak dapat kita duga.Allah boleh cipta yang sebiji,tapi mesti ada lainnya yang kadang kala tidak tahu di mana.Macam cap jari juga!Sedangkan kembar seiras pun tidak akan serupa sama sekali.
            “Tesco?Boleh..pukul 4?Ermm,kalau balik dari sekolah tu kita nak singgah mana-mana pun sempat,”Aku tersengih.
           “Tapi dengan abang Idham sekali,”Aku hanya mampu menggangguk.Hah,sekali lagi aku jadi benteng pertahanan detik pertemuan dua pasang kekasih ini.Kerja follow kak Yan dating ni bukan benda yang asing bagiku.Masuk kali ni dah yang ke sepuluh aku joint dorang dating.Abah yang sarankan supaya bawa aku sekali untuk mengelakkan fitnah dan prasangka buruk manusia durjana secara langsung dapat menghindarkan zina.Dan secara langsung aku telah menetapkan jati diri ku.No,dating-dating ya!Aku nak kelainan dari orang yang bercinta pada zaman sekarang ni.Dating lepas kahwin,baru sweet!Inilah untungnya jadi adik kesayangan, boleh kacau daun.Ha ha ha!
            “Lepas tu kan,dalam bulan depan nak ikut kita pergi balik kampung abang Idham?”Aku benar-benar teruja mendengar pelawaan kak Yan.Pergi perak uw!Maklumlah,aku ni dah jarang sangat keluar rumah masa tingkatan lima.
           “Okey aje!”Aku tersenyum lebar seraya mengangkat tanganku dengan menunjukkan ibu jari tanda setuju.
            Tidak lama selepas kak Yan berlalu masuk ke bilik,Handphone ku berbunyi menandakan ada mesej baru ku terima.
            Salam,esok pukul 11.30 aku datang ambik kau.Ade helmet tak?
            Aku tersenyum seraya menekan punat replay kemudian menekan butang huruf dengan lajunya sebelum menekan punat send.Setelah berpuas hati dengan apa yang ku taip aku  menekan butang send.Setelah mendapat report mesej telah di hantar aku membuka send item dan membaca balik apa yang ku taip.
            Wasalam,ok!Ada.Helmat mak aku punya =)
           Aku tersengih dengan mesej yang aku taip sendiri.Ainul,gila!sedetik kemudian buunyi mesej baru masuk.Aku terus menekan punat untuk membaca isi  mesej itu.
           He he he..mak kau punya pun mak kau lah!Hahaha =D Jumpe esok¬,¬
          Namun kerana perasaan was-was yang satu ini aku membalsa juga mesejnya.
         Pakai baju sekolah ke t-shirt biasa?Ada yang cakap kat aku pakai baju sekolah,ade   yang kate pakai baju biasa je,mana satu?
          Aku terus menekan butang hantar.Kemudian dengan pantasnya orang di sana menaip.Perhh!Dah expert sangat menaip ni!Aku membaca balasan mesej dari Aisyah.
         Baju t-shirt biasa jela,kan kite dah habis sekolah.Kalau budak PMR lain lah.Risau sangat kau ni.Bukan kau bekas pengawas ke?
          Aku tertawa dengan mesej Aisyah itu.Aik,perli  nampak!Okey,aku dah ada kata putus sekarang ni.Esok memang sah aku pakai baju T-Shirt muslimah dengan seluar jeans.Berselendang pula aku KIV nanti.Tanya kak Sha dulu dia nak tak tolong pakaikan tudung selendang dekat aku ni.Hrmm,ngantuk lah.Tidurlah!