BAB 18
Motor LC milik Aisyah di
parkirkan di tempat basikal.Baru semalam aku memakirkan basikalku di situ.Aku
tersenyum.Hari ini mungkin hari terakhir aku masuk ke dalam bilik SPBT yang
tersusun indah ini.Ramai pelajar berpusu-pusu keluar dari bilik SPBT dan
berebut dengan pelajar yang mahu masuk ke dalam bilik SPBT yang mana nama
penuhnya ialah bilik Skim Pinjaman Buku
Teks.
Aku sedikit gerun untuk turut serta
aktiviti rempuhan spontan oleh pelajar lepasan SPM ini.Hish,tak tahu sabar ke?Geli
aku bila mengenangkan lelaki dan perempuan yang berpusu-pusu keluar dari bilik
yang agak besar itu bersentuhan antara satu sama lain.Tak ada maknanya aku nak
bersenggul-senggul dengan pelajar lelaki!
Aku masih tercegat sejauh sepuluh
langkah dari bilik itu.Aku mahu tunggu sehingga kelibat manusia di dalam bilik
itu berkkurangan.Bersabar Ainul.Aku kemudiannya perasaan ada mata-mata yana
melihat ke arahku.Ala,buat dek aje
Ainul!
“Nul,jom lah.Nak berdiri sampai
bila dekat sini?”Aisyah yang sedari tadi berdiri di sebelahku bersuara.
“Jap ar,ramai sangat la.Rimas nanti,”Balasku dengan muka tidak
selesa.Aisyah ku lihat mengangguk tanda setuju.
“Ainul!!”Aku segera menoleh ke arah
suara yang menjerit memanggil nama ku itu.Maklumlah,di sekolah ku jarang benar
manusia perempuan yang bernama
Ainul.Sekarang mak bapa dorang bagi
nama yang modenlah kan.Mana main nama Rafeah,Saodah,dan beberapa nama lain yang
telah jarang di pakai orang.Yang kadang-kala tidak memberi makna langsung!Jadi,aku
tahulah bahawa manusia itu memanggilku.
“Oit!Kau!”Balasku spontan.Nurul ketawa dengan tindak balas ku.Aku membalas tawanya dengan sengihan.Kau
ni tak ubah-ubah dari dulu,Nurul!Ketawa aje
la kerja kau kan.Aku fikir lepas kau dah keluarkan segala ilmu yang kita
dah belajar di sekolah pada kertas jawapan masa SPM hari tu,hobi ketawa kau dah
lupus.Rupa-rupanya aku telah tersilap membuat perhitungan.
“Nanti boring-boring datnglah ruma aku,dekat sebalah sekolah ni aje
kan,”Nurul mempromosikan rumahnya supaya di kunjungi aku dan Aisyah.
“InsyaAllah ye Nurul,”Aku mengelipkan mata ku
berkali-kali.Ku harap mukaku cukup
comel saat ini.Eceh,perasaan!Nurul
mencebirkan bibirnya.
“Kalau kau nak aku datang masakkan aku
sedap-sedap dulu,baru aku nak datang.”Seloroh Aisyah ada tawa di akhir
ayatnya.Aku dan Nurul memandang Aisyah dengan mata membulat.Lagi setengah inci
nak terkeluar dah!
“Kau datang la dulu,nanti aku
hidangkan apa-apa aje yang aada dekat rumah aku tu,kalau dalam tudung saji tak
ada apa-apa,aku tengok dalam almari dapur pulak.Kalau dalam almari dapur pun
tak ada apa-apa tapi aku sempat nampak ada tikus,aku tangkap tikus tu nanti aku
bagi kat kau!”Panjang berjela minah Nurul ni menutur kata.Memang nenek kebayan,ye nenek kebayan jugak!
“Cis,baik tak payah aku datang rumah
kau,sampai hati!”Ujar Aisyah dengan nada lirih.Nurul hanya ketawa dan
ketawa.Aku menggeleng melihat gelagat kedua orang rakanku.Kemudian sambil
bergelak ketawa,aku tidak putus memandang bilik SPBT yang semakin lama,semakin
lengang itu.Aku menarik nafas lega.
“Weh,dah sikit orang dekat bilik
SPBT tu,jom pulang buku sekarang nak?”Ujarku kepada kedua orang rakanku itu.Aku
kemudian memandang Nurul kemudian bertanya padanya.
“Kau baru sampai ke tadi?”Soalku
padanya.Nurul tersenyum sambil menggeleng.
“Aku da sampai dulu dah dari
korang,”Balas Nurul bangga.Aku tersenyum kemudian membalas.
“So,dah
pulangkan buku la ni?”Tanyaku lagi.Dia ku lihat menggeleng.Aisyah telah pun berjalan
kehadapan mendahului aku dan Nurul.Aisyah memang berani.Sedangkan pelajar
lelaki ada yang sedang berdiri berdekatan pintu masuk bilik SPBT.Salah
seorangnya ialah bekas ketua pengawas
iaitu Azam!Aku berjalan dengan selamba.
“No
la,kau tengok la tadi.Ramai gila manusia dalam ni,”Meletus tawa kecil dari
bibir ku mendengar Nurul berkata.Dia ni kalau bercakap memang ada saja yang
kelakar.Kedengaran ayat itu hanya biasa sahaja tetapi gayanya yang menyampaikan
ayat itu cukup menggelikan hati ku.Kami berjalan melepasi lelaki-lelaki yang
tidak ada kerja lain tu!Berdiri la dekat tempat lain.
Setelah kami melangkah masuk ke
dalam bilik SPBT,tanpa berlengah aku mendapatkan ahli SPBT yang bertugas
mengendalikan sesi pemulangan buku teks pada hari itu.Ramai antara mereka yang
sekelas denganku.
“Syu lee,kenapa awak pakai baju
sekolah hari ni?”Tanyaku yang hairan dia berpakaian baju seragam sekolah.Dia
tersenyum mendengar pertanyaanku.
“Hali ini saya ada periksa itu Bahasa
Cina la,kan saya baru habis periksa hari ini punya,”Jawabnya dengan senyuman
manis.Aku menepuk dahi.Adui,macam
mana boleh lupa ni hah?
“Oh,ya..ya.Saya lupa.Patut semalam
budak melayu dengan india aje yang seronok bukan main,tapi budak cina biasa
aje.Rupanya awak ada lagi exam hari
ni,hrmm..ni nak susun terus dekat
buku-buku yang dah tersusun tu ke?”Solku
padanya.
“Err,tak
da la.Awak tunjuk semua buku dekat saya dulu.Saya nak kira cukup ke tak.Nka
rekod dekat kertas ini.Nanti ar,awak
tanda tangan di sini.”Ujarnya seraya menunjukkan kertas yang di maksudkannya
itu.Aku melihat kertas itu lalu mengangguk faham.Tanpa berlengah aku meletakkan
buku yang telah siap ku ikat di atas meja.Dia kemudiannya mengira jumlah buku
yang ku pinjam itu.Aku hanya memerhati.
“Hrmm,okey ar..awak tanda
tangan sini,”Dia memberikan ku kertas tersebut berserta pen hitam.Aku terus
menurunkan tanda tangan di kertas tersebut sebaris dengan namaku yang tertera di
situ.
“Okey,”Ujarku.Dia kemudiannya
mengarahkan petugas lain untuk membantu menyusun buku-buku yang telah ku
pulangkan itu di tempatnya.Oh,aku tak payah la susun.Lega.
Aku menunggukorang ni ye!
“Hah,dia ni rupanya..”Aku segera
menoleh ke arah gerangan yang bersuara tadi.La,dia?Aku memaksa untuk
tersenyum.Tetapi senyumanku kelat.Biar tak manis,dengan dia ni tak payah
manis-manis pun tak apa.
“Ingatkan tiang apa tadi tegak
dekat sini,”Ujarnya ada nada memerli.Aku terajang kau nanti manusia!Perh,Ganasnya!Aku
acah ajela.Gila apa nak suka-suka terajang anak orang,paling berani pun ketuk
kepala dia dengan kasut aku tu!Berasap kepala aku ni.
“Tak cukup jadi tiang setiap pagi
masa jadi pengawas dulu,ni nak jadi tiang apa pulak,”Perlinya lagi.Berasap betul aku sekarang ni.Di katanya aku
ni tiang?Dah cukup anggun aku hari ni boleh kau kata aku ni tiang?Tak
guna.Kurang ajar kau kan!Aku hanya menghadiahkan sebuah jelingan tajam.Kau
jangan ingat yang kau bagi aku kucing pastu boleh kutuk-kutuk aku!Kau tu apa
sangaaaatt!
“Hah,mengurat anak orang!”Aku
dan dia menoleh serentak ke arah pintu.Azam?Apa kena pulak dengan mamat
ni.Tiba-tiba tak ada angin.,tak ada ribut sibuk nak masuk line?Aku dah pelik dengan dia ni sejak dia berjaya bakar hati aku
masa dalam bilik disiplin tu.
“Eh,mana ada.Aku tengah tunggu
nak tanda tangan ni,dia ni yang berdiri tengok aku nak pulangkan buku,”Aku
membuntangkan mataku.Aku memandangnya dengan tajam setajam pedang yang jauh
menusuk tembus ke belakang.Sejak bila pulak
aku tengok kau?!
“Tu,pakwe kau dah marah.Tak payah kut berdiri dekat sini.Tunggu la
kawan dekat luar sana.”Ujar dia pada ku yang sudah panas menunggu masa untuk
meletup.Tetapi entah kenapa aku rasakan ada nada lain yang di maksudkan olehnya
dengan perkataan‘pakwe’.Azam pakwe
aku?No way beb!
“Mana ada pakwe!Pandai-pandai aje,”Aku menyangkal kata-katanya.Dia ku lihat
hanya bersahaja dan terus mendapatkan kertas dan pen untuk di tanda tangan.
“Kucing saya jaga elok-elok tau!”Ujarnya sebelum melangkah keluar dari
bilik SPBT.Hish,bukan dia dah bagi
kucing tu dekat aku ke?Asal dia menngaku-ngaku tu kucing dia lagi?Dan yang aku
pelik sekarang ni,si Nurul dan Aisyah tak siap-siap dari tadi ni kenapa?Aku
mendekati Aisyah dan Nurul.
“Kenapa lambat sangat?”Soalku
sedikit berang.“Korang buat
apa?”Sambungku lagi.
“Saja bagi kau peluang berborak
kejap dengan kekasih hati,kitorang
tengok-tengok dorang buat kerja ni
sementara kau habis borak,”Balas Nurul.Kepulan asap hebat keluar dari kepala ku
saat ini.Satu-satu cari pasal dengan aku!
“Ngggrr!”Aku membuat muka geram.Malah hati ku makin terbakar apabila
dua orang manusia ni hanya ketawa mengejek padaku.Tak guna!
AISYAH
membelokkan motornya menuju surau berdekatan dengan rumah Nurul.Di sebabkan
pengakuan jujur Nurul yang tidak mempunyai makanan yang sedap-sedap di
rumahnya,jadi si Aisyah tidak mahu singgah ke rumahnya. Hish,bunyinya macam tak patut kan?Apalah buruk betul perangai
manusia ni.Lagi pun sebab utamanya ialah kami mahu membincangkan sesuatu.Oleh
itu,tempat yang kami pilih untuk berbincang ialah di surau berdekatan dengan
rumah Nurul sementara menunggu masuknya waktu zohor.Alasan Aisyah itu hanya
mahu saiko si Nurul aje.Memang riak
muka Nurul sedikit berubah apabila dengan jujurnya Aisyah menutur kata.Tetapi
telah kembali ceria apabila Aisyah telah memohon maaf dan menyatakan hasratnya
mahu mrmbincangkan sesuatu.
Aku membuka kasut dan meletakkan
kasut ku di rak yang tersedia.Dengan langkah kanan ku masuk ke dalam surau yang
cantik reka bentuknya.Zaman sekarang ni,surau dengan masjid sudah tidak banyak
bezanya apabila mempunyai reka bentuk yang cantik dan kelihatan mewah.Cuma yang
membezakannya ialah jumlah jemaah yang dapat di tampung.Sudah semestinya masjid
lebih besar.
Entah mengapa setiap kali
menjejakkan kaki ke masjid mahu pun surau,perkara pertama yang ku ingst ialah
bersinggah seketika untuk menunaikan solat kerana Allah s.w.t.Kedua mestilah
telekung!Aku menepuk dahi ku lembut.Walamak!Macam
mana boleh lupa ni?Eh,sejak bila pulak
aku lupa?Bukan memang kau tak ada niat nak bawak telekung ke tadi,sebab tak
tahu pun akan singgah surau dan solat sekali dekat surau?Oh,ya..ya..
“Erm,dekat
surau ni ada telekung kan?”Aku bertanya kepada kedua orang rakanku yang sudah
duduk bersila.
“Ada,”Balas Aisyah.Tetapi jawapan
Nurul lain pula.Memang tidak terfikir dek akal minah ni boleh malalut jauh.
“Mestilah ada telekung,tak kan
bikini kut dekat surau!”Meletus tawa dari mulutku dan mulut Aisyah.Ada ke situ pulak!
“Memanglah,aku tanya aje.”Ujarku dengan
sengihan.Tanya pun tak boleh!
“Mana boleh aje-aje!”Nurul masih
mahu mencari pasal denganku.Eh,aku tala nanti kau,baru tahu!
“Aku tanya aje tadi,sebab aku tak bawak telekung,”Ujarku tenang biar pun
mataku sekejap membulat,sekejap mengecil bila bercakap dengan Nurul.Geram betul
aku ni!
Nurul kemudiannya hanya diam dan
bersahaja seperti biasa.Dia ni
kan,kadang-kadang aku tengok sama pulak dengan mamat tak ada perasaan tu.Memang
tak ada perasaan macam kak Sha jugak!Aik,Ainul.Entah-entah kau pun sama
kut!Yang penting aku tak menyakitkan hati orang!Hati ku berbalas-balas.
“Macam mana nanti sementara tunggu
keputusan?Nak kerja apa?”Aisyah memulakan mukadimah beserta objektif kami
berkumpul iaitu hendak buat apa sementara menunggu keputusan.Aku mengetap bibir
sambil mataku memandang siling surau yang cantik berukir corak.Aku memikir
seketika sebelum member jawapan.Itu yang terbaik dari semberono jawab yang
apa-apa entah!
“Kakak aku ni dia ada kawan yang
kerja dekat kilang ubat,dia kata memang boleh tolong tanya kan kalau kita nak
kerja dekat situ,”Ujar Aisyah.Bagus betul Aisyah ni.Dia yang tanya kita dulu
dia yang bagi jawapan dulu.
“Hrmm,okey jugak
tu.Biasanya kalau ada orang dalam yang tolong senang sikit.Tapi kawan kakak kau
tu kerja dekat kilang betul ke ofis?”Tanya Nurul berminat.Aku juga berminat
dengan pekerjaan itu.Kilang pun kilanglah.Yang penting tiap bulan duit aku
masyuk!Aku sebenarnya pun minat dengan ubat-ubat ni.Teringin juga aku nak ambil
bidang farmasi ni.Tapi apakan daya,aku hanya aliran akaun.Lainlah kalau
Muhammad tu,dia tu budak sains.Minta bidang apa pun boleh.Untunglah kau
manusia!
“Kawan kakak aku ni bahagian
ofis,memang dia yang pantau pekerja kilang tu buat kerja,”Balas Aisyah lengkap.
“Tapi kan,kau tak takut ke kerja
dekat kilang ubat?”Nurul bertanya dengan suara yang sedikit berbisik.Aku
mengangkat sebelah keningku kemudian memandang Aisyah dengan pelik seblum
memandang Nurul kembali..Apa si Nurul nak takutkan ni?Kilang ubat aje,bukan
kilang arak.
“Yela,kan ubat tu sejenis dadah.Mana tahu
hari-hari rasa ubat tu,nanti ketagih.Kau tak takut ke?”Nurul bertanya dengan
lagak professional. Pulak?
“Laa,kita buat kerja je ar.Jangan di makan ubat tu!Yang di makan
tu buat apa,tu kan kalau kita makan.Kalau tak makan tak ketagih la,”Balasku
dengan bersungguh-sungguh.Apalah kau ni Nurul!Buat takut aku aje,ingatkan nak
takut apa?
“Memanglah kita ni bekerja,tapi
kalau kita tengok ada orang yang makan ubat-ubat tu sebab dah ketagih macam
mana?Takut aku nak kerja dengan orang macam tu,”Ujar Nurul dengan wajah sedikit
gerun.Aku memandang Aisyah dan memberinya peluang untuk bercakap sebelum aku
yang bercakap.
“Eh,tak adalah.Kawan kakak aku tu selamat aje
kerja dekat situ.Jangan takutlah,dia selalu tengok-tengok apa yang pekerja dia
buat.Jangan risau,”Aisyah memberi kata positif buat pendengaran Nurul yang
bayak songeh ini.Aku mengangguk kdemudian berkata.
“Sebab
tu kita berbincang ni nak pergi bekerja dekat tempat yang sama.Bila ada
kawan tak adalah takut.Kalau ada orang yang pelik-pelik kacau kau,kita bertiga
ni bergabung lawan orang tu balik la.Terpulang nak bertukar jadi ultraman ke,power rangers ke..”Kata ku ada tawa di akhir ayat.Kata-kata ku ini
di sambut dengan hilai tawa mereka.Nurul yang ketawa sedikit kuat benar-benar
merisaukan aku yang kuatir di marahi orang lain yang berada di surau itu.Lalu
tanpa membuang masa aku menutup mulutnya dengan tapak tanganku seraya berkata.
“Syyytt..perlahan sikit ketawa tu,kau ni..”Aku menggeleng manakala
Nurul tersengih malu.Aisyah pula menakup mulutnya sendiri rapat-rapat.Lagaknya
seperti dia yang ketawa terlalu kuat.Aku kemudiannya tersengih.
“Okey,dekat mana tu?Jauh
ke?”Tanyaku bertubi-tubi.Aisyah menggaru kepalanya yang tidak gatal.Aku tahu
lah kepala dia tu sebenarnya tak gatal.Tu namanya reflec action.Eh,subjek sains pulak
tiba-tiba timbul.Aku kerawa di dalam hati.
“Aku tak ingat dekat mana,tapi
jauh dari kita la.Shah Alam ke lagi jauh.Tapi antaranyalah,”Ujar Aisyah yang
sedikit teragak-agak untuk menjawap.Aduh,jauh tu.Kalau Klang pun belum tentu
ada transport apa lagi Shah
Alam?Betul-betul dalam alam ni.
“Ush!Kena ambik lessen dulu ni!”Ujar ku
dan di sokong Nurul manakala Aisyah hanya memetik jari.
“Erm,betul jugak tu!”Kata
Aisyah kemudiannya.
“Aku dah la tak tahu bawak motor!”Ujarku
dengan sengihan.
“Tak apa,aku boleh ajar.”Saran Aisyah
kedengaran bersungguh-sungguh.Aku pula hanya tersengih terharu.
“Tapi,ada cadangan kerja lain tak
selain kilang ubat ni,sebab takkan kiata nak tunggu kilang ubat ni
semata-matakan.Lagi pun aku kena tanya kawan kakak aku dulu.Kalau kita ada
usaha cari kerja lain jugak,mana tahu dapat yang lagi dekat,lagi bagus
kan?”Ujar Aisyah sekali lagi.Aku terangguk-angguk seperti pak nujum yang
mendengar masalah orang yang meminta
bantuan darinya.
“Apa kata kita jual burger ajelah!”Gempak
punya cadangan bermutu dari nenek kebayan seorang ni.Nurul kau ni memang
terbaik!Tapi kena dengar kata putus lembaga pengarah dulu iaitu Aisyah.Cewah!
“Hah!Aku pun sebenarnya dah lama terfikir nak
buat kerja tu,tapi dekat mana nak berniaga.Fuh,kalau
muka kita ni yang meniaga mesti ada sambutan.Lagi-lagi perempuan,jarang orang
perempuan jual burger!”Berderai tawa dari manusia bertiga ini termasuk aku.Wa
ka ka!Tetapi kali ini sedikit perlahan dari tadi.
“Cadangan lain,”Nurul meminta cadangan yang
seterusnya.Aku terus menjawap dengan pantasnya.Wah!Maju kau Ainul!
“Kerja dekat kedai kek,hobi aku tu
nak buat kek!Lagi satu,paling best cuba kau fikir,bila ada kek tu dah tak ada
orang beli,hujung bulan mesti bos tu bagi kita free punya.Itu yang aku nak tu!”Cadangan nakal oleh ku.
“Ha ha ha,boleh jugak tu.Free siapa tak nak?boleh la kedai kek tu,kalau budak macam kita ni
minatnya mesti kerja dekat kedai top up,tak
ada kerja lain ke.Best jugak kedai kek
ni!”Aisyah ku lihat benar-benar teruja dengan cadangan aku.Yes!
No comments:
Post a Comment