BAB 17
Seperti yang telah di
rancang olehku semalam,hari ini aku mengenakan baju muslimah dengan seluar jeans.Aku berpakaian simple tetapi manis di pandang.Anak
Usman mana yang tak manis kan?Kembang mekar kalau abah dengar.Nasib baik aku
cakap dalam hati kalau depan abah tadi macam mana?Sesungguhnya Allah yang telah
menciptaankan aku ini yang cantik menawan.Anggun gitu!Eceh,Po daa lah!
Setelah mengenakan secolet
pelembab bibir di bibirku yang seksi ini,aku mengenakan pula celak berwarna
hitam di bawah mata ku yang mempersonakan ini.Perasan tak sudah kau
ni!Sekali-sekala melaram,tak apa kan.Lagi pun aku tak adalah macam kak Sha aku
yang sorang tu.Kalau berdandan depan
cermin satu jam belum tentu sudahnya!
Aku berposing sikit-sikit di depan cermin sementara kak Sha belum keluar
dari bilik mandi.Poyo jek sikit-sikit
konon,ayat tak boleh blah!Aku ni excited sangat,kak Sha pun belum siap
nak pergi kerja kau dah mendahuluinya.Bukannya aku tak pernah bersolek simple-simple macam ni.Kalau temankan kak Yan pergi dating tu ada aje aku kadang-kadang
pakai celak.Ni pasal excited nak
pakai selendang sebenarnya!First time
la katakan.
Aku mengerling jam di diding.Pukul 10.55
minit.Aku masuk aje ar bilik kak Sha
ni.Mudah-mudahan mood kak Sha baik
hari ni.Tanpa berfikir panjang aku melangkah ke bilik kak Sha.Kak Sha memang
ada bilik sendiri.Hanya aku dan kak Yan saja yang berkongsi bilik.Kak Sha
memang tidak suka bercampur dengan adik-beradik sangat.Dengan aku saja dia sudi
berkongsi cerita.Lagi-lagi perihal pakwe,terpaksa
juga aku tadahkan telinga ni untuk mendengar cerita sensasi darinya.Kak Sha ni
memang macam artis!
Pernah juga dia mengutuk
adik-beradiknya sendiri malah termasuk aku juga di kutuknya depan-depan!Sejujurnya aku katakan bahawa sepanjang dia bercakap
denganku,memang aku mengucap panjang di dalam
hati.Serba-serbi ceritanya iu lebih kepada mengata
orang!Astagfirullahalazim.
Aku mengetuk pintu kak
Sha.Sesungguhnya hanya pabila mahu masuk ke bilik kak Sha sahaja aku mengetuk
pintu.Dia tu kan penuh dengan privasi.Kemudian
aku menolak daun pintu dengan perlahan.Aku tersengih tatkala mata kami bertemu.
“Hai,kak Sha.Nak minta tolong
pakaikan tudung selendang boleh tak?”Aku melihat kelincahan kak Sha
menggerakkan berus pemerah pipi di pipinya yang gebu berwarna kuning langsat
itu.Huh,aku nak pakai pemerah pipi
tu?Tak payah la.Pipi aku ni memang akan terjadi merah dengan sendirinya apabila
terdedah dengan matahari.Bayangkanlah kalau aku pakai jugak pemerah pipi tu?Orang gila pun boleh waras balik tau kalau
tengok muka aku yang merah hot tu.Aku
ketawa sakan dalam hati.Aku bersyukur kerana Allah telah menciptakan ku dengan
sempurna sebagai manusia dan wanita yang tidak perlu lagi memakai pemerah pipi
tu.Jimat duit,tak payah susah-susah beli pemerah pipi tu.
“Nanti kejap,kak Sha tengah make up,”Aku tersengih mendengar
jawapannya.Takkan tengah mengecat kut?Aku ketawa sakan dalam hati.Tak berani aku nak cakap depan dia.Kang tak pasal-pasal tudung selendang
yang aku minta pakaikan jadi tali pencekik leher aku pulak!Innalillah jawapnya.
Kemudian ku lihat dia meletakkan
berus pemerah pipi itu di tempatnya kembali.Dia kemudiannya memandang ku.Aku
tersenyum seraya menghulurkan kain selendangku padanya.Dia menyambut kain
selendang itu sambil menilik-nilik selendangku.Aik,selendang dia dah banyak takkan nak aku punya selendang jugak kut?Aku melihat tudung selendang
yang terletak cantik di kepalanya.Huh,kak
Sha ni pakai tudung aje,aurat bukan nak tutup!
Aku melihat cara pemakaian tudung
selendangnya yang hanya menutupi kepala tetapi tidak sampai menutupi dada.Nak
tayang kemantapan kak Sha ke?
“Siapa yang belikan tudung ni?”Aku
yang tadinya leka memerhati cara pemakaian kak Sha segera memandang tepat wajah
kak Sha yang jelita.
“Kak Yan yang belikan,hadiah hari
jadi kita,”Balasku dengan senyuman manis.Ku lihat riak wajahnya sedikit
berubah.
“Kalau kau,semuanya belikan.Kalau
aku tak ada pun!Untunglah,aku sedar siapa lah aku ni.Tak di sayangi,”Aku
mengerutkan dahi ku.Apehal pulak kau
ni?Mak berkorban nyawa masa nak lahirkan kau,boleh pulak kau kata mak tak sayang kau?Abah pulak cari rezeki buat bela kau dari kecil siap hantar kau pergi
sekolah lagi.Boleh kau persoalkan lagi kasih mak abah?Kalau kakak,abang tak
sayang kau tak adanya kak Yan mengalah bagi bilik ni pada kau!Tak adanya abang
Adam tolong pinjamkan duit dia tu untuk bayar kereta kau tu masa kau ada
masalah kewangan.Kalau dorang semua
tak sayang kau tak adanya dorang
hiraukan perasaan dan masalah kau!Kasih sayang ni bukan boleh di nilai dengan
pemberian barang semata-mata.Kasih sayang ni susah untuk di tukarkan ke bentuk
penyata macam perakaunan tu!
“Sayang la,kau ni kak Sha.Cuba
fikir positif,”Ujarku.Dia ku lihat hanya mencebik.Susah betul orang keras hati dan keras kepala macam dia ni!Aku
melihat kak Sha mengadjust selendang
di kepala ku acuh tidak acuh.
“Pukul berapa ye sekarang?”Kak Sha bersuara.Kak Sha hari ini masuk tengah
hari.Terbangun lambat lagi la tu pagi tadi!Tu la,suka kunci pintu tak nak orang
kacau dia konon.Hah,kalau terlambat bangun pagi,mak pun tak boleh tolong kejutkan.Mana tak nya,pintu
berkunci.
Aku menyelukkan tanganku ke dalam
poket seluar untuk mengambil handphone.Setelah
handphone ku tarik keluar,aku terus menekan
salah satu punat supaya lampu screen
menyala bagi melihat jam di telefon bimbit ku.
“Pukul 11.05 minit.”Ujarku.
Kak Sha dengan tiba-tiba merampas
telefon bimbitku kemudian dia melihat screen
telefon bimbitku dengan dekat.Matanya ku
lihat membuntang.Apa pulak ni?
“Alamak!Aku nak pergi kerja ni!Aku takut tak sempat ar,Ainul.Ainul pakai lah sendiri ek.Kak Sha terlambat masuk kerja nanti!Takut
jalan jam pulak,”Kak Sha bersuara
dengan kelam-kabut.Dia dengan selambanya mencampakkan telefon bimbit ku kepada
aku yang terkulat-kulat.Aku dengan kalutnya menyambut telefon kesayanganku yang
tidak berapa canggih ini.Lainlah kak Sha,semua mesti yang gempak punya!Fuh!Nasib
baik aku dapat sambut,kalau jatuh berderai dekat lantai,memang aku tak peduli
dengan kak Sha.Aku belasah dia jugak!Eleh,cakap
bukan main gempak,ada berani
ke?Berani tu ada,cuma kerana hormatkan dia tu sebagai kakak,jadi aku tak
sanggup.
Kak Sha terus berlalu meninggalkan
aku di dalam biliknya yang masih terkulat-kulat.Aku mendengus geram.Minta
tolong sikit macam tu pulak!Aku
menghela nafas panjang.Nampaknya,pakai tudung biasa ajelah aku hari ni.Hrmm,kerana malas punya pasal aku ambil
keputusan untuk memakai tudung ariani sahaja yang elok tersangkut di dalam
almariku.
Aku mengerling jam di dinding
bilik sekali lagi.Pukul 11.07 minit pagi.Aku hanya mendengar kereta kak Sha
bergerak untuk pergi ke kerja.Aku mengikat dan menyimpul rambutku sekemas mungkin memandangkan masih banyak waktu.Kemudian aku mengambil anak tudung
sepasang dengan tudungnya yang berwarna unggu.Anak tudung ku ini mempunyai dua
garisan berwarna unggu dan merah hati.
Aku menyarungkan anak tudungku di
kepala.Kemudian aku menyarung tudungnya pula di kepala.Aku hanya tidak
memerlukan satu pin pun di leher.Hanya perlu pinkan atas tudungku dengan jarum
peniti supaya tidak jatuh tercabut dari
kepala apabila di tiup angin.Sebagai langkah keselamatan.
Aku tersenyum memandang wajahku di
cermin.Boleh tahan kan kau ni,Ainul?Aku tersengih seperti kambing.Aik,kambing lagi.Aku ketawa sakan di
dalam hati.Stelah berpuas hati dengan
penampilanku hari ini,aku terus melangkah keluar dari bilik.
Sementara menunggu ketibaan Aisyah
di rumahku,aku mengisi perutku dengan jumput-jumput yang mak goreng.Air kopi
Radix di cawan makku aku ambil sedikit denganmenuangnya di dalam cawan
lain.Bagus tahu minum air kopi Radix ni.Selain kopi seperti namanya ini,kopi
ini juga mengandungi herba yang baik untuk tubuh badan.
Jam di dinding dapur kukerling
lagi entah buat yang keberapa kali.Pukul 8 tepat.Aku menghela nafas panjang.Aku
menghirup air di cawan sehingga habis.Mak yang ku lihat sibuk menyiang ikan sesekali mengesat
peluh.Kesian mak penat memasak untuk kitorang.Aku
leka melihat mak membuat kerja.
“ASSALAMUALAIKUM,Ainul!”Tiba-tiba aku
terdengar suara orang memberi salam serta menyebut namakku.Hah,pasti
Aisyah.Dengan pantasnya aku memunculkan diri di depan pintu dengan sengihan.
“Waalaikumsalam,kau!”Aku dengan
gaya sedikit ganas membalas tegurannnya dengan menyebut‘kau’.Apa kau
ni,Ainul.Nama dia Aisyah tau!Ala,gurau sekali-sekala.
“Kau!”Aisyah mengajukkan kembali
ayatku dengan tawa.
“Kejap ye,aku nak salam mak aku dengan ambik
helmet sekali,”Ujarku sambil membuat isyarat tangan sebentar.Aisyah ku lihat
mengangguk dan menantiku dengan sabar.
Aku mendapatkan mak di dapur
dengan senyuman yang masih bersisa di bibir.Senyumanku semakin lebar pabila mak
menoleh ke arahku.Aku menghulurkan tangan seraya berkata.
“Aisyah dah sampai,kita pergi
dulu ye mak,”
“Tak payahla salam,tangan mak
bau ikanlah.Tak apalah,”Senyumanku termati.
“Hah?”Aku mengangkat sebelah
kenigku sebelum menyambung ayat ku.
“Tak payah salam?Tak apa?”Ku
lihat mak mengaggukkan kepala.Aku hanya mampu tersengih lalu berlalu untuk
mengambil helmet mak di motor.
“Mak pinjam helmet
tau!”Laungku kepada emak.Ku dengar mak mengiakan sahaja kataku.Aku tersenyum
lega.Kemudian tanpa berlengah aku mendapatkan Aisyah yang setia menunggu ku
dengan motornya itu.Hah,si Aisyah ni memang dah ada lesen tau!Kami kemudiannya
terus bertolak ke sekolah.Buku teks harus di pulangkan segera.Nanti hidup aman
bila tiada sebarang hutang.Eh,silap.Bukan harus tetapi wajib!
No comments:
Post a Comment